Matlamat Dan Objektif Kajian

MATLAMAT

1.    Menentukan sempadan bandar bagi setiap bandar KPB2.
2.    Menentukan tahap pencapaian semasa hierarki bandar KPB2 berbanding dengan cadangan hierarki yang telah disyorkan.
3.    Mewujudkan sistem maklumat mengenai profil bandar bagi setiap bandar KPB2.

 

OBJEKTIF

• Menentukan titik pusat bandar (urban centrepoint) bagi petempatantersebut.
• Mengenalpasti sempadan bandar bagi petempatan tersebut untuk dijadikan asas pembentukan had pembangunan bandar.
• Mengenalpasti kampung tradisional dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti perumahan terancang dalam bandar.
• Mengenalpasti jenis kemudahan awam dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti jenis infrastruktur dan utiliti  dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti kawasan lapang dan rekreasi dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan pertanian utama dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti kawasan aktiviti ekonomi dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti kemudahan pengangkutan dan perhubungan dalam kawasan bandar.
• Mengenalpasti tahap penyediaan kemudahan bandar semasa berbanding hierarki yang ditetapkan oleh DPN.
• Menyediakan Sistem Maklumat Profil Bandar (SMPB) bagi setiap bandar KPB2 mengikut komponen profil Bandar.