Pengenalan

Dasar Perbandaran Negara (DPN) 2006, telah merangka strategi pembangunan bandar mengikut satu sistem hierarki bandar yang ditetapkan bagi memastikan pembangunan perbandaran yang terancang dan terkawal dari peringkat nasional dan tempatan.

Penyediaan Profil Bandar adalah salah satu keperluan tindakan pelaksanaan Dasar Perbandaran Negara (DPN, 2006) (rujuk DPN2 Langkah i, ii dan iii)

Kajian Profil Bandar Kedua (KPB2, 2013) ini adalah sambungan daripada Kajian Profil Bandar Pertama (KPB1, 2009) yang telah siap disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Sebanyak 241 petempatan di Semenanjung Malaysia telah disasarkan sebagai bandar di bawah definisi Dasar Perbandaran Negara (DPN) sehingga tahun 2020.

Kajian Profil Bandar Pertama (KPB1) telah memprofilkan sebanyak 150 bandar (148 adalah bandar yang disenarai dalam DPN manakala dua (2) bandar tidak disenarai dalam DPN). Kajian Profil Bandar Kedua (KPB2) pula telah memprofilkan 99 bandar (17 bandar adalah bandar yang  tidak disenaraikan dalam DPN).